Friday 14 December 2012

Kelas Rekreasi 6 Dec 2012 ~JOM MASAK!~

Assalamualaikum..

Survival! Hoorey... saya rasa ini kelas yang paling seronok sebab boleh masak-masak dan makan-makan. Untuk aktiviti minggu ini kami dibahagikan pada beberapa kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada Ishak Maulan, Adibah Husna, Ungku Nur Akmal, Nik Jasweera dan Mohd Syazwan. Para pelajar dibekalkan dapur gas serta periuk. Kami masak apa? Hehe saya ada sertakan menu kami pada gambar di bawah. Kami diberi masa kurang 40 minit untuk menyediakan makanan. Setelah selesai, kami dikehendaki mempersembah masakan kami di hadapan Encik Muiz, Encik Hafiz serta rakan-rakan... Selepas itu apa lagi, sesi menjamah hidangan ler... hehehe... Kenyang~ 




   








Thursday 13 December 2012

Kelas Rekreasi 29 Nov 2012 ~TEST MENGEJUT!!!~


Test mengejut!!! Huhu ternganga juga mulut bila Encik Muiz beritahu hari ini ada test. Ilmu tak cukup di dada tapi kena duduk untuk ujian. Huhu terkesima juga la. Tapi apapun nak tak nak, kami terpaksa buat juga. Ujian kali ini saya rasa agak sukar kerana tidak diberikan pilihan jawapan. Ya, tiada pilihan jawapan. Encik Muiz cakap kami semua dah senior jadi dah xde pilihan jawapan a b c d. Kali ini ujian mengenai peralatan-peralatan wall climbing, kayak dan orientaring. Kami perlu menamakan setiap gambar yang diberikan. Huhu memang mencabar. Berbekalkan ilmu di dada, berlafazkan kalimah Bismillahhirahmanirrahim saya mula menjawab soalan. Setelah cukup masa, kertas jawapan dikutip dan dibahagikan untuk disemak. Markah saya? Huhu 8/10… Alhamdulillah…





Kelas Rereasi 22 Nov 2012 ~ORIENTARING~


Assalamualaikum... 

Hari ini saya tiba lewat ke kelas kerana saya terlibat dalam Social Marketing Exhibition, salah satu projek untuk semester ini. Kalau ikutkan kondusi mental dan fizikal, rasanya dah tak mampu untuk melangkah kaki  ke kelas rekreasi petang ini. Ia la, berhari-hari saya dan rakan-rakan mengerah keringat bagi menjayakan event kami. Namun, saya kuatkan tekad juga. Memikirkan tiada alasan yang dapat diberikan pada Encik Muiz, walaupun lambat saya tetap bersiap untuk ke kelas rekreasi.

Saya tiba di sana tepat pukul 6 petang. Eh, mana semua orang? Rupa-rupanya orientaring telah bermula. Huhu tiba-tiba teringat kenangan orientaring bersama rakan-rakan di Pasir Gudang, Johor. Ok, back to the story, nasib baik ada rakan-rakan yang senasib dengan saya iaitu Adibah Husna dan Rizal. Jadi kami membentuk satu kumpulan dan memulakan orientaring kami. Checkpoint pertama? Fuhhhh.... Kena daki Bukit Tonggek lepas tu kena redah lagi satu bukit. Mencabar habis. Memang kaw kaw la Encik Muiz dan Encik Hafiz letak checkpoint. Ni kes naya ni... hahahaha. Gurau jer ea cikgu-cikgu sekalian. Checkpoint kedua? Dari kutub utara beralih pula ke kutub selatan. Nun di stadium uitm berdekatan DATC. Aiyoyo... lembik kaki ni dibuatnya. Nasib baik la berpasukan, kalau individu rasanya dah lama terbaring atas katil pusat kesihatan hahaha. Kami bertuah kerana tidak mengalami kesukaran untuk sampai di kedua-dua checkpoint dan tiba di garisan penamat dalam waktu yang ditetapkan. Alhamdulillah :)